Kini aku kembali ke alam ini, untuk berkongsi apa yang terpahat di dalam hati.
Kini aku sudah mulai mengerti, apa persahabatan yang semua ingini.
Kata Oprah Winfrey;
"Lots of people want to ride with you in a limo,
but what you want is someone who will take the bus with you
when the limo breaks down."
Cari lah teman yang memberi air minumannya kepadamu walau dia sanggup dahaga tika kamu dalam kehausan. Cari lah teman yang memberi wang sakunya kepadamu walau dia sanggup kelaparan tika kamu dalam kesusahan. Jangan lah mencari teman hanya untuk ketawa, namun pabila dirimu dalam kepayahan, dia meninggalkan mu tanpa alasan.
Kata Anonymous;
"Remember all the time we had together?
What happened to best friends forever?"
Hidup ini penuh dugaan. Hidup ini penuh ujian. Walaupun mempunyai keluarga yang bahagia, namun seseorang perlukan juga persabahatan untuk berkongsi masalah diri yang ada. Jika dahulu selalu bersama "for all the right things", mengapa sekarang harus berpisah gara-gara masalah kecil? Mengapa harus biarkan ego menguasai diri? Mengapa harus biarkan benci menguasai hati?
Kadang-kala perasaan ku sendiri bingung. Banyak persoalan yang berputar di fikiran ku. Adakah aku patut biarkan perkara yang lalu itu pergi? Atau adakah aku patut mengalah demi persahabatan sekali lagi? Adakah ada insan yang cuba menghancurkan persahabatan ini? Atau adakah hanya nafsu kami yang menguasai hati dan diri? Namun pabila ku fikirkan semula,apa gunanya jika hanya sebelah pihak boleh "forgive and forget", namun pihak yang satu lagi walaupun bersetuju untuk terus bersahabat tetapi hati tetap "regret"?
Jika ini hanya lah perselisihan sementara, aku berdoa agar ia segera berakhir dan semua kembali ke asal semula walau "awkward" buat seketika. Namun, jika ini kesudahan persahabatan ku bersama mereka, aku redha kerana aku percaya, akan dapat yang terbaik juga buat semua.
Kata Diriku;
"No matter what happens,all the memories of our friendship will last forever,
Although we never contact each other anymore in the future."
yang penting kita bersikap baik terhadap semua orang...kadang-kadang kita buat sesuatu tu untuk kebaikan orang tu walaupun ia seperti nampak menzalimi perasaan orang tersebut tapi yang sebai-baiknya adalah berterus terang...hehe
ReplyDeleteKalau ikut kata "anonymous" iaitu terus terang adalah sebaik-baiknya, sepatutnya khabarkan kepada orang itu bahawa apa yang dilakukan adalah untuk kebaikan,agar orang itu tidak tersalah erti bahawa dirinya dizalimi. :)
DeleteWell said Mr!
ReplyDelete