Sunday, 15 September 2013

AKU LANGGAR...

ASSALAMMUALAIKUM

"Jangan kerana mulut,badan binasa.
Jangan kerana diri, yang lain merana."


20:47 12/09/2013, berlakunya kejadian yang tidak akan ku lupakan. Sejam sebelum itu, sedang diriku menyiapkan diri untuk keluar berjumpa seorang temanku, hatiku berasa amat gembira, tanpa rasa gelisah, tanpa rasa curiga. Setelah siap makan malam (nasi lemak yang dimasak oleh mummy kesayangan), dan menunaikan Solat Isyak, aku pun keluar dari rumahku. Pintu pagar dibuka. Pintu pagar ditutup. Senyum pada jiran berhadapan yang sedang menjerit pada rumahnya sendiri.


"Buka la pintu pagar ni. *Bunyi macam mengenget* Buka laaaa *Senyum padaku*"


Pintu kereta dibuka secara manual. Masuk kereta. Duduk. Pintu kereta ditutup secara manual. Tarik nafas. Dan kini aku memulakan perjalanan untuk bertemu rakanku. *Engine start*. Sesuai dengan sifatku yang sangat kelam-kabut dan sangat cepat "excited", lalu aku bawa kereta di kawasan perumahan ku dengan laju. Baru start enjin rasanya dah tekan sampai 60 terus. Laju la tu dekat kawasan perumahan :D

TIBA-TIBA


Aku berhenti menyanyi lagu yang dimainkan di radio keretaku *perlahankan radio perlahankan radio*. Apa itu pohon yang aku langgar? Atau manusia? Atau Pokemon? Malang tidak berbau. Aku pun tidak tahu apa yang dilanggar pada mulanya. Yang hairannya, hanya tayar bahagian belakang sebelah kiriku sahaja yang merasa degupan kemalangan itu. Dengan laju nya diriku membawa kereta ku ke hadapan sedikit untuk membuat pusingan "U-Turn" untuk lihat apakah makhluk yang malang itu. Beberapa ratus centimeter sebelum tempat kejadian, bunyi lah suara seorang manusia. 


"rumah kuning" - Tempat buat U-Turn

"WOI!!"


Dia jerit. Dia jiran langkah beberapa rumah dari rumahku. Apa dia fikir aku melanggar kereta nya? Atau dia fikir aku melanggar dirinya? Oh tidak. Lalu tanpa segan silu,aku buat tak tahu padanya. Aku terus lihat di tempat kejadian apa yg telah keretaku langgar. Dengan harapan dapat melanggar seekor pokemon, rupa-rupanya tidak. Tiada pohon, tiada manusia, tiada pokemon, tiada makhluk pun yang dapat ku lihat di situ. Rupa-rupanya aku terlanggar seekor haiwan yang sangat comel,seekor haiwan yang sangat dicintai insan. Aku terlanggar seekor kucing. 


"HUHH!!!! Jahat nya kau uzer! Kesian kucing tu!"



Apakah itu yang sedang bermain difikiranmu? Usah risau. Kucing itu bukan di tempat kejadian. Kucing itu berada di bawah kereta yang sedang di"parking" di kawasan itu. Terdapat dua ekor kucing di bawah kereta itu dan aku tidak mengetahui kucing mana yang aku terlanggar. Namun, kedua-dua kucing yang comel itu selamat. 


"Tu lah uzer siapa suruh happy sangat. Bawa laju lagi. 
Sampai langgar kucing. Nasib baik bernyawa lagi"


Sahabat, jangan lah bawa kenderaan laju-laju sebab diri yang happy sangat ni, sampai boleh membunuh nyawa yang lain. Renung-renungkan dan selamat beramal. The end.

No comments:

Post a Comment